Wednesday, September 15, 2010

Jijik, hina, kurap, pariah IBRAHIM ALI, antara MAKKAL dan PERKASA

Salam Ukhwah......BETAPA HINA, JIJIK, KURAP,PARIAH DAN BANGSATNYA PERKASA DIBAWAH KEPIMPINAN IBRAHIM ALI DIMATA DAN HATI UMNO TETAPI MEMANDANG MULIA, MURNI, INDAH DAN CANTIK MAKKAL SAKTI DILUBUK HATI DAN JIWA MEREKA....HAMPIR 95% AHLI PERKASA TERDIRI DARI AHLI-AHLI UMNO TETAPI TIDAK SEORANG PUN AHLI UMNO/MELAYU/ISLAM BERADA DAN MENJADI AHLI MAKKAL SAKTI....FIKIR-FIKIR, RENUNG-RENUNGKANLAH... NILAILAH DIMANA MARUAH AHLI-AHLI PERKASA YANG SELAMA INI BERHEMPAS PULAS MENYOKONG PERJUANGAN UMNO..... MASIH LAGI NAK LEMPARKAN SOKONGAN ANDA PADA UMNO?..UMNO MEMPERJUANGKAN MELAYU/ISLAM KAH?....URUT DADA TANYA IMAN...CUIT MINDA TANYA AKAL LOGIK.....

Wednesday, September 8, 2010

ILA KUASA SUDAH TERLUCUT DARI TANGAN MAKA BARU NAMPAK DAN BERANI BERSUARA KEBENARAN..


SALAM UKHWAH....SATU ARTIKEL YANG PERLU DIKONGSI BERSAMA... BACA, FIKIR, RENUNGKAN DAN NILAI.......BILA KUASA SUDAH TERLUCUT DARI TANGAN MAKA BARU NAMPAK DAN BERANI BERSUARA KEBENARAN.........Selamat Hari Raya Dan Bersara Musa Hassan......ADA rasa sedih dan kesian juga di hati saya kepada bakal bekas KPN mulai 12hb September 2010, Musa Hassan apabila mendengar luahan hatinya kepada media sempena persaraanya 12 September ini. Musa Hassan perlahan-lahan telah mulai menyedari bahawa kukunya yang panjang telah mulai patah dan akan tercabut. Dia akan melalui peralihan untuk menjadi seorang biasa kini.
Selalunya manusia akan merasai langit itu tinggi dan bumi itu rendah apabila kuasa duniawinya ditarik. Selama berkuasa, dipuja dan ditakuti orang, kekadang biru langit tidak terpandang mata dan hijau rumput dibumi tidak terjamah oleh kaki sama sekali. Biasalah.
Ada dua perkara yang disebut Musa pada sidang akhbar perpisahan itu yang menyebabkan saya seakan sedih dan kesian kepadanya. Pertama ialah mengenai campur tangan (katanya isu lapok . basi dan usang) dalam polis yang tidak dapat diatasi oleh Musa. Bererti selama beliau jadi KPN beliau tidak dapat menggunakan kuasa prerogatif beliau sebagai ketua polis negara. Beliau tidak dapat menjadikan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebuah pasukan keselamatan berintegriti. Bererti juga beliau hanya jadi papet dalam polis kerana kuasanyan tidak dihormati.
Musa tidak menyebut pihak mana yang mencampuri urusan politik, cuma menegaskan ia adalah dari KDN. Yang sahihnya bukan dari kalangan polis. Dua entiti dalam KDN sama ada pegawai kerajan atau pun orang politik.
Kalau Musa tidak bersara beliau tidak akan menyebut perkara itu. Hanya selepas tidak ada kuasa beliau baru mempersoalkan. Kelewatan ini orang boleh pertikaikan kalau Musa tidak senang dengan campur tangan itu kenapa beliau sedia menerima penyambungan kontrak dua kali. Ini bermakna Musa akur kerana mahukan kedudukan itu walaupun ia tidak membawa erti buatnya. Di sini menunjukkan beliau lebih mementingkan glamour daripada integriti sebagai seorang anggota polis.
Kedua ialah apabila Musa menjelaskan beliau tidak diberitahu mengenai penamatan kontraknya itu tidak akan disambung. Beliau tahu apabila ianya diumumkan. Sekali lagi keadaan ini menyebabkan orang boleh membuat penialian sendiri mengenai Musa dan sejauh mana ianya dihormati oleh pihak KDN sendiri. Apa yang berlaku ke atas Musa itu memalukan dan satu penghinaan kecil.
Sepatutnya beliau diberi tahu secara baik. Bila beliau tidak diberitahu orang dapat menilai sejauh mana kedudukan dan penghormatan kepadanya.
Bagaimana pun Musa tidak payah bersedih atas apa yang berlaku. Kerana sebelum ini beliau juga melalukan kesilapan atau tindak tanduknya dengan kuasa dimilikinya menyebabkan ramai orang tidak senang dan terkedu hati. Misalnya cara beliau memakai bintang di bahu meninggalkan senior lain menjadi buah mulut. Musa tidak salah. Salahnya orang yang mengangkatnya itu. Kalau Musa seorang ikhlas dan berintegriti beliau tidak sedia memakai bintang-bintang itu. Seekor beruk yang tidak tahu memanjat pokok dia tidak akan berlagak sebagai pandai kerana bila ribut bertiup dia akan jatuh ke bumi.
Tetapi lumrah dan adat dapat bercerita kenapa terjadi demikian. Misalnya kalau orang tidak cukup inchi (5 kaki 3 inchi) tetapi dapat jadi polis, bermakna adalah rasuah kecil di situ atau berlaku sesuatu yang diluar normal dan kebiasaan. Saya masih ingat seorang orang kampung saya walaupun tangannya pekal - bengkok, kerana jatuh dati pokok kelapa tetapi dia diterima menjadi askar.
Kenapa, sebabnya pegawai atasan adalah saudaranya. Di sini menunjukkan hubungan kekeluargaan atau budi peribadi kadang kala boleh membatalkan syarat-syarat sah lain. Itulah manusia.
Maka kepada Musa Hassan usahlah bersedih. Apa yang berlaku ke atas diri anda dan kita semua, adalah penuh hikmah dan keadilan. Cuma keadilan dan hikmah itu saja kita tidak dapat hendak menilainya kerana egoi dan kebebalan kita. Gunakanlah masa pencen yang dianggap masa tersisa ini untuk melakukan kebajikan dan memperbaiki kesilapan lampau. Tuhan Maha Pengampun dan menerima taubat.
Seperti mana kata anda selepas 12 September 2010 nanti anda hendak jadi rakyat yang baik. Mungkin semasa menjadi KPN anda bukan seorang warganegara yang tidak baik. Malangnya negara ini kerana memilik seorang KPN dari seorang rakyat yang tidak baik. Ahmad Maslan tetap ingat bagimana tilam diusung ke mahkamah oleh anak buah Musa. ...SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT MENJADI WARGA YANG BAIK....

Monday, September 6, 2010

Kelantan : UMNONGOK masih lagi menganiayai kami


Saya merujuk kepada kenyataan YB Datuk Dr. Awang Adek dalam Sinar Harian hari ini, 5 September 2010.

Pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang. Ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan. Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang. Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain.

Amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut;

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengodit dan mengetahui jumlahnya sebenar.

Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini.

Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya?

Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?

Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik?

Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri. Itu cara orang ikhlas.

Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah.

Wang yang diagihkan, seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai. Gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat.

Sekian , terima kasih
Husam Musa

Biar rakyat menilai (sinar harian 5 sept 2010)

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat tetap meneruskan pemberian wang ihsan kepada rakyat di Kelantan selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan, kata Menteri Kewangan II, Senator Dr Awang Adek Hussein.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan berhak membawa kes bagi menangguhkan pembayaran wang ihsan itu ke mahkamah .

“Itu hak dia, sementara itu kita teruskan jalankan pembahagian wang ihsan sehingga ada keputusan mahkamah dibuat, sebarang keputusan kita akan hormatinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat di Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kerajaan Negeri mahu memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan oleh Kerajaan Pusat sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, tindakan tersebut perlu kerana kes tersebut mempunyai kaitan dengan saman yang dibuat terhadap Petronas, sebelum ini.

Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan berkata, rakyat boleh menilai Kerajaan Negeri yang sanggup mengambil tindakan undang-undang walaupun wang berkenaan tidak digunakan untuk kepentingan kerajaan sebaliknya diserahkan kepada rakyat.

“Selama ini rakyat gembira, kalau Kerajaan Negeri cuba mengambil balik atau menghalang pemberian ini, rakyat boleh menilai atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan politik, terserah kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata, Pas juga menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka mengakui bahawa hukuman itu tidak dapat dilaksanakan, malah ditentang oleh rakan sendiri.

“Bila berhadapan dengan rakyat, Pas menjanjikan hudud, tetapi bila bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), mereka akui tidak dapat melaksanakan hukuman itu, mereka hanya bersandiwara dan (Exco Kerajaan Negeri) Datuk Mohd Amar telah menjelaskan perkara itu dengan realitinya,” katanya.

Sunday, September 5, 2010

penyakit rasis melampau sudah bertambah teruk. Hati2 kepada anggota polis


Salam Ukhwah.. Salam Selamatkan Malaysia......nampaknya penyakit rasis melampau sudah bertambah teruk... kini ianya sudah merebak ke Pasukan Polis DiRaja Malaysia apabila seorang pegawai penyiasat dari Balai Polis Kepong memarahi seorang mangsa ragut wanita bangsa Cina kerana tidak fasih berbahasa Melayu dengan meminta beliau balik ke negeri China...sudahlah beliau kena ragut oleh peragut yang tidak berperikemanusian langsung... sampai di balai polis kena marah dan dihina pulak...... mana dia sikap pada motto Polis DiRaja Malaysia.. ADIL, TEGAS DAN BERHEMAH.........

Friday, September 3, 2010

Goodbye BN yang tidak relevan, tidak perihatin, tidak sedar diri.


Tahniah Pakatan Rakyat. Selamat Berhijrah ke Putrajaya.

Goodbye BN yang tidak relevan, tidak perihatin, tidak sedar diri.

Pangkah pakatan Rakyat!

Kita merakyatkan ekonomi negara..

Jaga nilai-nilai murni islam..

Umno bn hanyalah tahu menyamun..

Rakyat di abiskan..

Tanah kena rampas..

Hak kita di nafikan..

Fitnah yang berleluasa.

Tinggalkan bn.. hidup pakatan rakyat!

Wednesday, September 1, 2010

KEDUDUKKAN BARISAN NASIONAL DISABAH MAKIN GOYAH DAN HAMPIR-HAMPIR MENYEMBAH BUMI BAHAM TANAH



SALAM UKHWAH....... JENG JENG JENGGGGGG.........KEDUDUKKAN BARISAN NASIONAL DISABAH MAKIN GOYAH DAN HAMPIR-HAMPIR MENYEMBAH BUMI BAHAM TANAH......12 AHLI PKR YANG KHIANAT PERJUANGAN PARTI DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN TELAH DIMANUPULASIKAN OLEH PIHAK LAWAN KONONNYA MASA DEPAN PKR DISABAH GELAP GELITA... KINI APA SUDAH JADI PADA BN SABAH SENDIRI...KATA DULANG PAKU SERPIH......"Timbalan KM Sabah tinggalkan LDP.............Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti itu.
Pang adalah naib presiden parti berkenaan".... PERTEMBUNGAN UMNO DENGAN LDP DISABAH SUDAH TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI.....APAKAH LDP BAKAL MENINGGALKAN BN DISABAH?.....
KAMI MENYERU WARGA KITA SUPAYA CEPAT-CEPAT TINGGALKAN UMNO, BAHTERA USANG YANG BAKAL TENGGELAM PADA PRU 13 NANTI INS'YALLAH......HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA.....

Monday, August 30, 2010

Royalti minyak: Kelantan fail kes dakwa diskriminasi Petronas



Royalti minyak: Kelantan fail kes dakwa diskriminasi Petronas...YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman tersebut di Kuala Lumpur. — Kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap syarikat petroleum nasional Petronas mendakwa tidak membuat pembayaran tunai terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Kemudian beliau dan barisan Exco Kerajaan Negeri menuju ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat hajat.
Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.
Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia......SEMOGA MAHKAMAH DIMALAYSIA YG BAKAL MENDENGAR KES INI MENGADILINYA DGN ADIL DAN SAKSAMA MENGIKUT ROH DAN SEMANGAT PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA...... RAKYAT MENDOAKAN AGAR ROYALTI YG DIPOHON DIKEMBALIKAN KAPADA KERAJAAN KELANTAN....JIKA BENAR-BENAR UMNO MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU/ISLAM SEPERTI DILAUNGKAN ,MENGAPA ROYALTI KAPADA KERAJAAN PAS/PR KELANTAN DISEKAT?.....LAWAN TETAP LAWAN........ TAKBIR!!!!........